0 cutest
:: Shima Yahya ::: December 2014

"Tuhan Tu Mana Pernah Nak Adil"


Orang kata life ni tak adil. Orang kata laa.

"Tengok dia tu. Tak solat pun tapi kaya, rezeki melimpah ruah. Pakai kereta mewah la iphone 6 ada lima. satu dia guna, empat lagi dia buat alas kaki meja. Aku yang solat siang malam ni pun hujung bulan mulalah start makan maggi"

"Dia tu kan takde lah baik mana. Aurat tak tutup, tudung pun jarang jarang nak pakai tapi UPSR, PMR, SPM semua straight A's. Aku ni study pulun habis sampai pening kepala, bila keluar result, takdelah bagus macam dia"

"Dia tu hidup tak ikut cara islam pun. Malam malam pergi club, minum arak. Nak sentuh Quran apatah lagi tapi hidup dia happy je gembira je aku tengok. Aku yang tak buat benda benda haram tu pun selalu rasa sedih, Haih tak adil betul lah"

Pernah rasa tak?


Emmm


Tipulah tak pernah rasa. Sebab sebagai manusia biasa yang jiwa fragile macam kita semua ni memang akan ada satu tahap kita rasa macam Tuhan ni tak adil sangat dekat kita. Sampaikan rasa macam dianak tirikan. Kadang kadang punya dramatik tu sampai menangis nangis depan Dia tanya kenapa Tuhan uji macamni. Tuhan tak sayang ke?

Amboih.


Uji sikit terus assume Tuhan tak sayang. Padahal tahu tu, tahu sangat dah "Tuhan uji sebab sayang" tapi ego balik tanya ke Tuhan "Kalau sayang kenapa uji macam ni?". Ewah kau. Menjawap.
.
.
.
Ok contoh. Kita tengok adik kita main pisau tajam. Kita ambil pisau tu dari dia, mulalah dia meraung. Sebab bagi dia, pisau tu nampak 'seronok', tapi bukan pada kita. Sebab kita lagi tahu dari dia kan. Benda yang nampak 'seronok' pada mata adik kita, tak semestinya baik pada dia. Faham ?

Tuhan tu dia tahu semua. SEMUA. Esok, Lusa, Bulan depan tahun depan semua Dia dah tahu apa nak jadi. Harini kita punyalah menangis bila Tuhan dok tarik satu benda dari kita. Menangis nangis minta Tuhan pulangkan. Janji macam macam asalkan Tuhan pulangkan balik, bagi balik apa kita nak tu. Sebab apa? Sebab kita rasa benda tu baik untuk kita. Tapi sebenarnya apalah sangat yang kita tahu nak dibandingkan dengan Dia. 


Tarik nafas kejap.


Dia tu, Tuhan tu. Tu yang dekat atas tu kan, Dia bukan bodoh tau. Dia bukan bodoh nak saje saje tarik something dari kita. Semua yang Dia buat, mesti ada sebab. Dan tak kira apa sebab pun, benda tu lah yang terbaik untuk kita.

Dan Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali akan menggantikannya dengan yang lebih baik.

Ada yang kamu suka tapi memberi keburukan kepada kamu dan ada yang kamu tak suka tapi mendatangkan kebaikan untukmu.

Memang ada satu masa tu kita rasa lembik gila dah kena uji. Bila orang kata "Kau kuat, sebab tu Alah uji. Dia tak uji kalau kau tak kuat" masa tu kau dah taknak dengar dah. Kau rasa nak selotip je mulut dia lepastu jerit guna mikrofon "CAKAP SENANG LAH BUGIMAA". Sebab diorang tak faham, tak rasa, Yang rasa cuma kita... dan Tuhan? Tapi kenapa taknak tolong?

Ehem.

Sebab hidup ni bukan untuk kita happy semata mata. Hidup ni perjalanan tau. Perjalanan menuju ke destinasi. Dan dalam perjalanan tu kau kena lalu macam macam liku kehidupan. halamak ayat. Ok ayat mudah, dalam perjalanan kau ke satu tempat. Kau kena isi minyak, kau kena hadap jammed. Bila lapar kena berhenti makan. Ada masa kereta pulak rosak. Jadi begitulah, hidup ni bukan untuk kita bersenang lenang semata mata.

.
.
.
Jadi, bila kau rasa hidup kau susah, ada yang lagi susah.
Kau rasa hidup kau sedih, berlambak ada lagi yang sedih.
Kau rasa macam nak mati, kau tak fikir pula ada yang kena fight dengan penyakit dia semata mata nak hidup.
Kau rasa Tuhan dok uji kau berat, ada lagi yang berat.
Sebab, Hidup ni takkan pernah mudah.


Aku pun pernah rasa dunia dan hidup ni tak adil.
Sampailah aku perasan, ianya memang tak adil untuk semua orang.

Gelak.

Tuhan punya adil memang power.

Nak Sambung Belajar Mana? UPU Ni Apa Benda?

Assalamualaikum. 
Sebenarnya dah lama tak menulis blog ni sebab hidup yang busy. Ye, busy dengan twitter, wechat, instagram sampai tiada masa untuk update blog. Kahkahkah.

Okay serious.

Rasa macam baru habis SPM tahun lepas tapi rupanya dah setahun dah lepas. Jadi, ramailah adik adik yang suruh update blog tentang macam mana nak sambung belajar, dekat mana dan mana yang patut mereka apply.

Jadi, sebagai seorang kakak yang baik, akak mewujudkan entry ini (Walaupun sebenarnya janji nak update bulan lepas hahaha)

So, cara paling senang nak sambung belajar ialah dengan apply UPU. UPU ni korang kena beli pin dia dekat BSN. Mana mana BSN pun boleh. dan korang isi. UPU ni untuk sambung belajar ke mana mana IPTA di Malaysia ni. Di IPTA ni lah korang boleh sambung asasi/diploma/ijazah.

1. Asasi/Foundation
- Asasi atau foundation ni program fast track ke degree/ijazah. 
- Tempoh pengajian cuma 1 tahun. tolak cuti sem cuma dalam lapan bulan.
- Untuk lepasan asasi, akan sambung degree bersaing dengan batch korang yang ambil matriks dan batch atas korang yang ambil STPM.
- Asasi ni untuk budak pandai, so korang akan diberi elaun setiap bulan. Tak payah pinjam PTPTN/MARA dan mereput untuk bayar semua tu.
- Asasi pointer kena score atau korang akan dikick out. 
- Pembelajaran yang cepat so kena belajar elok elok. Tak boleh main main macam diploma. 
- Asasi ni hanya untuk sambung ke ijazah, so sijil asasi tak boleh guna untuk kerja. Jangan nanti pergi interview kerja ko gebang kata "saya ada sijil asasi cikk"
- Asasi senang sambung ijazah. Even tak dpat course sama untuk asasi, tetap senang sambung dalam course lain.
- Berbaloi mohon asasi ni sebab cepat ke degree, asasi di UiTM ada asasi undang undang, asasi sains dan asasi tesl. Di UIA pun banyak. Kalau nak di IPTS, baru je masuk paper yang di MSU dah ada program asasi.

2. Diploma
- Lepas habis diploma boleh sambung ke ijazah.
- Tempoh pengajian yang lama. iaitu 6 semester, ataupun tiga tahun.
- Tapi diploma korang akan lebih relaks berbanding dengan asasi mahupun matriks. Sempat sangat kalau nak bercinta dengan dua tiga orang ok gurau je ni gurau tau.
- Diploma di IPTA pinjaman PTPTN manakala di IPTS pinjaman PTPTN/MARA. Bagi yang nak tahu apa beza PTPTN dan MARA ni, proses pembayaran MARA ni somehow lebih mudah dari PTPTN.
- Sijil diploma laku untuk kerja.
- Bagi korang yang lebih prefer belajar slow slow dari cepat cepat ni better korang apply diploma. Tak kata diploma ni senang tapi lebih relaks. ok ko faham maksud relaks kan?
- Program diploma ada di semua IPTA/IPTS kecuali USM. sebab USM hanya ada program Ijazah.

3. Matriks
- Matriks ni dia ada dua course je. Sains dan Akaun. Sains pula dia ada cabang cabang dia sama ada bio/fizik.
- Matriks macam asasi, fast track untuk sambung ke degree.
- Tempoh pengajian jugak sama macam asasi, 1 tahun. Tapi ada yang dua tahun.
- Matriks pun dapat elaun macam asasi juga.
- Matriks kena score betul betul, ok tekankan BETUL BETUL ye sebab matriks lebih senang untuk ditendang. dan kalau pointer korang rendah, memang boleh sambung degree, tapi kos lelong. Kos lelong ni macam engko belajar sains tapi kau dapat fashion ke kulinari ke masa degree nanti ok nampak tak memang tak relate langsung dengan course sains engko tu.
- Pembelajaran yang sangat sangat cepat. laju sikit dari asasi. kira macam asasi tu dah laju, ni laju lebih sikit. Dan pelajar matriks ni selalunya lebih tertekan. Sebab tu dekat matriks johor sampai ada kes bunuh diri sebab tertekan belajar.
- Kalau korang jenis yang belajar cepat tangkap, masuk matriks. Jangan buang masa di diploma. Tapi kalau jenis suka main main lambat lambat, jangan ke matriks. Matriks bukan tempat untuk orang banyak main main macam kita. HAAHAHA.
- Sijil matriks juga cuma boleh digunakan untuk ke degree ye. Jangan gebang cam asasi tadi gi cari kerja tunjuk sijil matriks.
- Matriks ni korang boleh pilih nak dekat mana. Masa isi tu nanti dia akan bagi tiga negeri pilihan so pilih lah ye.
- Btw, nak masuk matriks, spm perlu ada addmath dan perlu credit. ye?

4. STPM/Pra-Universiti/Form 6
- STPM ni pun sama macam matriks dan asasi, fast track ke degree.
- Tempoh pengajian setahun setengah.Tiga semester.
- STPM pun sama macam matriks dan asasi, tak perlu PTPTN dan MARA. Tapi takde elaun ah, elaun dia dari poket mak bapak je hihihi.
- Kos perbelanjaan lebih murah dari semua. 
- STPM pun kena skor betul betul. Ni nasihat ye, kalau rasa jenis main main terlampau sangat pun jangan masuk STPM. STPM ni peperiksaan paling susah di Malaysia. Ketiga tersusah di Asia Tenggara dan ketujuh susah di dunia, ok kalau takleh doksah ah.
- Korang boleh pilih nak stay di asrama ataupun ulang alik rumah.
- Kelemahan dia, even korang stay di sekolah, korang sebenarnya tak ada relate langsung dengan sekolah. Maksudnya kalau nak guna dewan ke apa ke korang perlu ada paperwork dan tak boleh guna barang sekolah sesuka hati. On the bright side, korang juga tak payah pakai baju sekolah dan tak payah join perhimpunan.
- Sijil STPM boleh guna untuk kerja. Selalunya basic STPM dalam RM1500.
- Perlu bersaing dengan batch bawah korang yang asasi dan matriks untuk ke degree. Tapi STPM diberikan keutamaan.Tapi make sure pointer atas 2.7.

5. SPA
- SPA ni tak payah mohon guna UPU, korang boleh terus apply di web SPA.
- SPA ni korang memang akan confirm kerja dengan kerajaan lepas habis belajar.
- Dapat elaun yang lumayan uu kching kching $$
- Tapi nak masuk SPA ni payah, kena interview demi interview. Sebab yang apply tu sangatlah ramai dan pengambilan sangatlah sedikit.
- SPA paling berbaloi, kalau dapat SPA, pilih SPA dari mana mana di atas ni.

6. IPG/Institut Perguruan
- IPG ni untuk jadi cikgu sekolah rendah.
- tempoh pengajian 4-5 tahun. TAPI, ini terus dapat sijil ijazah ye. Ijazah Perguruan. Bukan diploma atau asasi. Korang terus dapat ijazah.
- Dan IPG ni lagi senang nak dapat kerja daripada course pendidikan di IPTA/IPTS.
- Nak mohon IPG, SPM kena sekurang kuranya 5A.
- Kena lalui satu demi satu interview. Sebab yang apply nya sangatlah ramai dan yang nak diambil sangatlah sedikit.
- Belajar di IPG ni sama macam di sekolah. Duduk dalam kelas yang mula pukul lapan dan habis pukul 1.
- Sama berbaloi macam SPA
- IPG tak perlu PTPTN/MARA. Korang akan dapat elaun setiap bulan dan campur dengan segala boucher buku, adalah almost 1K satu bulan.
- Ada banyak IPG di Malaysia ni dan tak tentu lagi dapat dimana. Interview korang tu pulak akan dijalankan dimana mana IPG yang dekat dengan rumah korang.

7. SKM/GIATMARA
- Tempoh pembelajaran yang macam diploma
- Sijil boleh guna untuk kerja.
- Ada yang dapat elaun ada yang kena pinjam PTPTN/MARA.
- Sijil ni pun berguna sebab ramai yang perlukan orang yang ambil kemahiran untuk kerja sekarang.


Jadi ini jelah yang saya eh silap akak boleh bantu hahaha. Semua tu terletak dekat tangan masing masing. Korang yang tau korang mampu belajar dekat mana. K? Goodluck semua.

Btw, nanti saya akan update tentang interview interview IPG untuk dijadikan rujukan untuk sesape yang nak pergi interview IPG tu ok.

Bye, Assalamualaikum.
 
© Zaidatul Shima Binti Yahya