0 cutest
:: Shima Yahya ::: 2015

Tak Dapat UPU

Oleh kerana result UPU baru keluar dan 90% yang aku kenal semua tak dapat UPU, maka meh la aku update sikit cerita cerita lama aku dengan UPU ni.

Dulu-- 2013 (dulu la sangat)

masa SPM ni taktahu lagi nak sambung course apa. Bila cikgu tanya cita cita pun, pandang kawan sebelah, sengih sengih lepas tu sengih dekat cikgu pula. Tapi kalau nak diikutkan minat, minat aku ni lebih kepada undang-undang, pentadbiran awam dan sains politik (bak kata kawan semua course yang bosan) hahhaha.

Tapi kalau nak diikutkan kecenderungan, lebih kepada bahasa inggeris. 

Engkorang tahu kan nak sambung law, kena at least 5A, Bahasa Inggeris dan Sejarah wajib A. Hadoh Sejarah. Paling tinggi aku pernah dapat pun C sebab aku tak suka baca sejarah. Tapi oleh sebab minat ke jurusan undang undang dan setiap kali aku lepas buat pembentangan tasawwur islam, ustaz selalu suruh aku sambung law atau apa apa jurusan berkaitan sebab dia kata cara aku cakap, cara aku present sesuai sangat dengan course tu (ok sbb aku kalau buat pembentangan banyak bercakap sampai orang muak kot hahaha hadis semua aku kupas) 

so makin kuatlah keinginan aku untuk sambung law.

Tapi, abang aku dan kebanyakan cikgu yang lain suruh ambil TESL. Jurusan mengajar bahasa inggeris. So pilihan antara dua

TESL- Tak ada masalah sebab bahasa inggeris aku okay.
Law- Masalah sebab sejarah.

Mula mula aku letak TESL first choice, tapi taktahu lah kenapa last minute (mungkin takdir tuhan kut) aku pergi tukar law jadi first choice, aku buang teruih TESL.

Oleh kerana aku seorang yang tak pernah dapat B dan ke atas untuk sejarah kecuali waktu PMR, aku pun study lah sejarah tiga hari sebelum kertas SPM sejarah. Dan bila keluar, alhamdulillah Sejarah A (gigih nak sambung law tu). Bahasa inggeris A. Dan lepas 5A ke atas. Kira semua syarat kelayakan jurusan undang undang dah lepas..

Jadi kita skip hari UPU keluar---
.
.
.
Boleh check pukul 12. Pukul 9 dah berdebar, Aku punya debor tu sampai aku bukak ayat Quran dekat phone, dengar je nak kasi hati tenang wah time ni la engko nak dengar ye tak hahaha. Dia punya cuak lagi cuak dari nak check result SPM.

Dan mula mula, aku checkkan kawan aku. Dia dapat 2A-- dapat UPU.
Checkkan kawan yang dapat 3A-- dapat UPU
Checkkan kawan yang dapat 1A-- dapat UPU.

Masa ni aku rasa takkanlah aku ni bengap sangat tak dapat dan takkanlah malang sangat checkkan orang lain dapat tp diri sendiri tak dapat. Dan dengan debor tu aku check gak.

Okay masukkan nombor IC...
Bismillah...
.
.
.
Dukacita dimaklumkan nama anda tidak tersenarai dalam kemasukan ke IPTA.

Masa ni aku terus back, aku masukkan balik nombor IC.
.
.
Dukacita dimaklumkan nama anda tidak tersenarai dalam kemasukan ke IPTA.

Wah masa ni aku rasa macam awan mendung datang atas kepala lepastu kilat memancar-mancar. Terus jatuh lah airmata ni kan hahahhaa. Aku terus pi kat mak nangis kat mak. Mak tanya kawan kawan lain dapat tak, aku kata dapat. Mak pun pelik pasai pa aku tak dapat. Aku rasa ni antara nangis aku yang paling teruk la dalam hidup-- selain dari dapat PLKN.

Masa ni aku rasa hidup aku habis dah hahaha. Aku rasa aku lah orang paling bodoh sekali pasal tak dapat UPU. Aku rasa tak bermakna dah nak hidup (wah)


Dan bila scroll media socials, semua cakap pasal UPU dan aku punya taknak asyik sedih, aku hide moment semua kawan kawan aku selama setengah tahun. Hahaha ko dapat imagine tak berapa lama aku tak nampak moment diorang. Tapi ni sebenarnya berkesan supaya kau tak fikir sangat pasal kesedihan ni. Aku nangis sampai mata lebam kot. Sampai part aku rasa aku ni derhaka betui dekat Tuhan pasai aku kata Tuhan tu tak sayang aku, tak adil. Tak nampak ke effort aku ni tak nampak ke aku belajar. Baik aku bodoh je baik tak payah belajar baik tak payah dapat banyak A baik dapat 1A je kalau tak dapat UPU. Yang 1A boleh dapat. 

dan masa ni gak aku derhaka lagi kata aku ni memang selalu tak dapat benda yang aku nak ke.
Naik form 1 aku kena masuk kelas aliran agama, ambil arab. Aku taknak.
Naik form 4 masuk kelas sains, aku taknak. Masa ni pun aku ada gak habaq kat Tuhan baik aku jawap PMR main main je dapat Math dengan Sains C je dari kena paksa masuk mana.
Habis SPM dapat PLKN which is sejak tadika aku dah kata kat family aku taknak masuk benda alah tu *tunjuk iklan PLKN dekat tv*
Ni tak dapat UPU pulak.

aku bukan jenis mengadu dekat orang. Tapi masa ni memang aku cari orang nak mengadu T_T


dan ayat aku akan tanya ke diorang "bodoh sangat ke aku ni sampai tak dapat UPU" dan aku minta maaf lah semua yang aku dah buat depa serba salah yelah nak kata bodoh kang makin sedih pulak hahaha.


dan lepas semua orang dah tenangkan, diorang kata tak apa tunggulah rayuan. Rayuan lagi dua minggu, selalunya mesti akan dapat rayuan tu. Gerentilah. Jadi aku pun tunggu..

Sampailah ke hari buat rayuan,

Aku pun bukalah dengan penuh harapan nak isi permohonan rayuan UPU
.
.
.Harap maaf! Anda tidak dapat membuat rayuan permohonan kerana sudah menerima tawaran.

Sekali tengok, dapat Politeknik. Masa ni jatuh lagilah airmata aku. Lama aku tunggu nak buat rayuan tapi bila dah sampai, tak dapat buat.

Tapi masa ni aku pun malas dah nak berharap sangat sebab dah belajar dekat tempat lain. Bila ada permohonan UPU intake November aku dah malas dah nak isi. tawar hati padahal 80% yang minta mesti akan dapat. Aku tak isi. Sebab dah redha kot?

Lagipun slow slow aku dah nampak hikmah dan jalan yang Tuhan dah lukis untuk aku.

Tapi apa aku boleh cakap, lepas tak dapat UPU ni aku rasa aku baru boleh faham redha tu macam mana dan macam mana nak terima dengan plan Tuhan, Dan betullah yang Tuhan sebenarnya dah plan cantik-cantik jalan hidup kita ni. Mungkin mula-mula kita tak nampak, tapi nanti-- baru kita nampak jalan cerita yang Tuhan dah sediakan.

Dan alhamdulillah, aku rasa jalan yang aku pilih ni jalan yang terbaik untuk aku. Sebab kebanyakan hikmahnya aku dah nampak. Dan alhamdulillah result pun okay dan lagi setahun dah boleh sambung degree (kalau dapat UPU intake degree nantila kahkahkah)

Pastu aku bersyukur gak la Tuhan bagi peluang aku tak dapat apa yang aku betul betul nak tu, sebab kalau tak, aku takkan faham apa yang Tuhan nak bagi ke kita ni.

Dan lagi satu, jangan terkejut sangat kalau result ko 5A ke atas tapi tak dapat UPU. terutama kalau amik aliran sains masa sekolah menengah. Memang susah sangat nak dapat sebab dia ikut markah merit. So kena bersaing dengan diorang. Macam kelas aku, majoriti 3A ke atas tapi semua tak dapat UPU sebab subjek sains ada dua tiga yang tak credit. So memang susah.

So yang tak dapat UPU ni, janganlah sedih sangat. Sedih sikit jela lepastu ko sambunglah belajar mana engko nak. Rezeki tu ada dekat mana mana, ni aku tak tipu. Merata rezeki.

Yang dapat UPU, tahniah. Belajar elok elok sebab ramai yang nak tapi ko yang dapat. Terima kasih dekat Tuhan banyak banyak


Ingat satu je ah.
Tuhan nampak semua, bukan tak nampak.
Rezeki kita, ada dia sediakan.

Tunggu masa je nak bagi.
Percaya sikit ke Tuhan. Okay?

Temuduga IPG - Interview kedua (Part 2)

Assalamualaikum. Tadi buka facebook, nampak ramai dah yang post dapat interview IPG dan macam apa yang dah dijanjikan dalam Temuduga IPG - Ujian Kecergasan (Part 1) [click untuk baca] entry part 2 akan diupdate apabila result interview sudah keluar. So here we go, 

Interview aku yang kedua dekat IPG Perempuan Melayu Melaka. 

Pilihan: Jurusan Bahasa Inggeris
Masa pendaftaran: 8 pagi

Aku sebenarnya taknak pergi pun sebab dah sambung belajar tempat lain tapi oleh sebab family, kawan kawan suruh cuba. so i decided to give a try.

Make sure before pergi tu tolonglah prepare semua dokumen yang dia nak. Apa yang dia suruh print, print semua. IC semua tu fotostat dulu. Memang dekat sana boleh fotostat tapi awak akan gelabah dan menyusahkan diri sendiri. Pasal resume, terpulang nak buat ataupun tidak. If nak buat, prepare a good one.


Dia kata dalam surat, pukul 8 dah kena ada untuk pendaftaran. So sekali lagi dengan gigihnya sambung gigih Part 1 tadi gerak pukul 5 pagi. Sampai tak sempat breakfast pun tau, Dah la abang taktahu jalan so kitorang bergantung 100% on gps dan gps pun taktahu rupanya. Dia bawa kitorang dekat kawasan perumahan, set balik ikut balik tiba tiba berhenti tengah jalan aik takkanlah IPG Melaka ni lutsinar aku tak nampak apa apa pun. So kitorang tanya orang je. tepat sampai dalam 7:30 terus masuk. Masa tu dah ramai juga. Macam kawan aku, jurusan bahasa melayu dapat di KL. Dia lain lain tak tentu.

So mula mula daftar tu, orang tu suruh kita susun dokumen dan sijil sijil kita. Tengah susun tu ada this one guy tegur "awak course apa?" "TESL" "Oh samalah" lepastu dia tengok result aku (sebab semua dokumen & resume letak atas meja) masa tu nak bangga sikit lah dengan result SPM tu sekali jeling dia punya result lagi banyak A *slow slow letak tangan atas meja. tujuan; tutup result*

Dalam masa beberaapa minit tu, dia suruh kita check nama kita dekat bilik interview mana. Adalah dalam 6 bilik. Setiap bilik tu ada 2 interviewer untuk course yang lain lain. waktu tengah cari nama atas kertas yang ditampal tu, tiba tiba ada orang pegang lengan. Eh setahu aku tak ada sorang pun makhluk aku kenal dekat sini. Tak tak ni bukan kisah seram takde hantu muncul tiba tiba.

Sekali pandang, Hyffny yang satu group masa ujian kecergasan dekat Seremban haritu. masyaAllah sis jodoh. Lepas dah jumpa nama, aku dapat bilik interview nombor empat, seat ketiga. atas tu nama Hyffny, dan dia seat kedua. Maksudnya kitorang akan duduk sebelah sebelah masa interview masyaAllah jodoh lagi sis.

Interview aku start pukul 12:30. Sekarang baru pukul 8. Penipu betui dia kata tak kisah pukul berapa interview kita kena datang awal. Padahal ada je yang datang masa dia nak interview je. Gigihnya aku datang awal padahal interview tengah hari. Ramai juga yang datang awal tapi interview petang. Lagi penat nak menunggu.

So sementara tunggu tu aku pun keluar pergi dekat Along; breakfast dan cari any information on the internet pasal current issues. just in case diorang tanya.

----------skip-------

Sampailah before masuk bilik interview, one of the interviewer keluar and said " Pls eh I nak korang semua susun sijil tu. I nak sijil dari you form 4 till now je. Form 3 ke bawah i taknak" halamak sijil aku ni sijil tadika pun ada hahahahaha so bila keluarkan tinggallah sikit untuk seorang shima yang tidaklah begitu aktif dalam sukan mahupun akademik.


and then masuk bilik interview. ada 7 orang dalam termasuk aku. mula mula sekali dia suruh kenalkan diri masing masing (in english for sure sebab TESL) berbeza course lain cara tau. Kalau bm kena cakap BM. kalau muzik kena bawa alat muzim and so on.

So ada this one guy kan dia candidate number 7. Masa dia introduce diri dia, dia bagitau dia boleh cakap malay, english and spain. then dia cakap in spain. rasanya dia paling menonjol sebab dia talkative gila.


Soalan pertama dia

"Give me a reason why you want to be a teacher in IPG?"

jawap bukan ikut turn ye adik adik. So kena berebut. Kalau malu, diam, tak confident memang takkan ada peluang nak cakap. Dan semua orang pun bagilah jawapan cliche masing-masing. Then dia akan tanya

"Would you mind if you get transfer to Sabah or Sarawak?"
Yelah dia akan kata dekat sana ada sekolah yang tak ada eletrik, kena makan makanan diorang nak pergi sekolah kena naik sampan. Dia nak tengok jawapan kita. dan semua org pun bagi jawapan cliche tak kisah kahkah.

Then, dia akan tayangkan satu video yang relate to your course. Mine was video Osman Baku (one of the drama on rtm, pernah tengok iklan dia) So my video pasal this one uncle which is Pakcik Osman, pergi klinik. Doktor tu asyik sebut perkataan dalam bahasa inggeris and pakcik Osman asyik betulkan perkataan tersebut. Such as when the doctor said "check" pakcik osman akan kata "periksa" ok i hope you understand what im trying to explain here... haha.


Lepas habis video tu, the interviewer tanya apa pendapat kita pasal video ni. Dan jawap bukan ikut turn, siapa nak jawap terus je jawap. Aku sendiri tak ingat aku jawap apa. Dan bila kita jawp, orang lain boleh bangkang dan kita pun boleh bangkang apa orang lain cakap BUT jangan menyampuk. JANGAN. tunggu kawan tu habis cakap dulu.

Soalan seterusnya
"If you be a teacher, an english teacher, what will you do to attract your students to learn this subject?"


So after 15 minutes, interview habis. They said thanks and then all of us salam the interviewers and dia kata goodlucl. So dah boleh balik dan tunggu keputusan keluar.

 here some tips for all of you

1. Jangan pakai terlalu over. Bagi lelaki, cukuplah kemeja lengan panjang, seluar slack, tie and kasut. Perempuan pula baju kurung dan tudung bawal. Kalau pakai blazer, bonus. Perempuan make sure kasut hitam lagi bagus kalau ada tumit sikit dan kulit. Jangan warna merah ke kuning ke.
2. Prepare semua dokumen awal awal PLEASE. Sebab ada yang dah masuk bilik interview banyak yang belum cukup baru terhegeh hegeh nak fotostat so nampak sangat tak profesional.
3. Before masuk bilik interview, silentkan phone.
4. Jangan menyampuk bila orang lain tengah cakap. you will be consider as rude.
5. Duduk tegak. Elok elok, jangan menyandar.
6. Pandang muka interviewers waktu bercakap. Jangan tunduk. Lantak la betul ke salah engko confident je ok? haha.
7. Bila kawan sebelah tu macam tergagap-gagap, bisikkan dia jawapan, tolong dia, Ada markah disitu.

So i wish all of you a very good luck and do your best okay?
Lots of love.
Assalamualaikum.

#1 I'M GLAD

I’m Glad

I promised to myself,
That I will never depend on you, on anyone.
Because I know at the end of the day,
Everyone will eventually leave.

But now,
I would like to think of you, as a short blessing.
And I have to admit,
That I need you the way the earth needs the sun,
The way the flowers needs the water,
The way the house needs the roofs.

I know you will be gone, someday.
But for now,
While youre still here, with me,
I’m glad.

Real glad.

Temuduga IPG - Ujian Kecergasan (PART 1)

Assalamualaikum.
Entry kali ni dibuat sebab ada adik yang minta tolong update pasal IPG ni dari askfm. Jadi kita tolonglah apa yang patut. Sebenarnya tak tahu ni nak bahasakan diri sebagai akak ke atau aku atau saya atau kiter hihi.


tahun lepas, waktu semorang (batch96) tengah busy isi UPU, adalah kawan yang tanya
“kau dah isi IPG?”

“IPG tu apa?” respon aku. Hahahahaha.
Okay IPG ni Institut Perguruan. Just in case adik adik pun taktahu. Haha. Kalau masuk IPG (5 tahun) habis kita terus dapat ijazah perguruan. Terus boleh mengajar dan lagi senang dapat posting berbanding IPTA/IPTS. Tapi… oleh sebab IPG ni banyak kelebihan dia, nak masuk tu memang payah sikitlah.

Berbalik kepada tadi, lepas kawan tanya sebab dia dah isi, aku pun isi jelah. Tak berharap pun. Kita kena letak dua pilihan dan pilihan aku:
1)      Jurusan bahasa inggeris
2)      Jurusan kaunseling
Dan beberapa bulan lepas isi, result pun keluar. Result IPG keluar lepas result SPM keluar. Dan kelayakan nak dapat selalunya kena result SPM sekurang-kurangnya 5A.  Check, sekali dapat. Jurusan kaunseling. Em okay… tapi….. dah dapat tak semestinya terus dapat tau, ni sebenarnya dapat untuk pergi ala apa benda nama tu serious lupa ni. Okay ingat dah tapi malas nak backspace, Ujian Kecergasan. Masa tu aku dapat dekat IPG Seremban. Sebelum ni tak ada pun Ujian Kecerdasan ni, tahun lepas baru ada. Sebab dia nak ketatkan lagi kemasukan untuk masuk IPG ni.

Dan bila dapat tu, tanya pendapat keluarga, diorang suruh pergi. Abang ambil cuti, dan tolong bawakan. Masa tu punyalah penat google cari nak pakai baju apa semua dan rupanya kena pakai baju tshirt putih. Ye, yang macam waktu sekolah tu. Tudung gelap, hitamlah senang. Dan kasut sukan. Kena bawa alat tulis sekali sebab ada ujian sikit. Jangan lupa bawa IC dan dokumen dokumen yang disenaraikan.



So, masa hari Ujian kecerdasan tu, pagi pagi dah bangun tau. Sebab start pukul lapan. Jadi pukul 6 dah gerak dari rumah sebab jauh tau bukan sebab gigih. Masa sampai tu ramai gila semua pakai baju sama je. Sampai je dia check nama kita lepas tu suruh kita masuk kelas nak ambil ujian. Satu kelas dalam 20-30 orang je. Ujian tu ada dalam 90-120 soalan rasanya kena jawap dalam masa satu jam. Tapi tak payah risau sebab soalan dia senang. Contoh soalan:

Jika pelajar datang lewat ke sekolah, apakah tindakan yang sewajarnya?
A.      Rotan je terus
B.      Gigit
C.      Tanya kenapa lambat
D.      Buat taktahu jela
Okay lebih kurang macamtu je. Dan lepas habis satu jam, dia suruh kita masuk dewan. Dia bahagikan group dan masa tu aku dapat group. Lepas dah bahagi group, dia bagitahu Ujian kecergasan start pukul 10:30 so kita boleh pergi breakfast ke kencing ke kan.

SKIP SKIP SKIP okay start Ujian kecergasan. Ada dalam 20 group jadi setiap group buat ujian lain lain, bergilir-gilir. Group aku mula mula sekali kena buat sit up. Ada lima jenis sit up. Kita kena buat semua lepastu dia catitlah markah. Yang ni aku rasa tak ada masalah pun sebab dekat rumah memang selalu sit up huhuhu.

Ujian yang kedua, kena melompat. Ada empat petak kita kena lompat satu- satu. Dalam masa seminit, dia akan kira berapa pusingan kita dapat buat. Ini pun aku rasa takde masalah sebab ringan hahaha. Nampak macam senang tapi ramai juga yang terjatuh tergolek terpeleot.



Ujian yang ketiga, dia bawa kita pergi dewan satu lagi. Masa ni tengok group lain baru lepas buat masing masing dah termengah terduduk dekat luar dewan. Tengok dalam, kena lari tau. Lima orang lari serentak dari hujung dewan sini ke hujung sana. Dalam masa seminit. 10saat satu larian. Berapa banyak kali kita boleh lari ulang alik. Kalau tiga kali kita sampai garisan lebih 10 saat, dia suruh kita keluar. .

Ujian keempat, kita kena berdiri dekat dinding, dalam masa 1 minit kita kena sentuh hujung kaki lepastu pegang dinding. Kena 45 kali dalam masa seminit baru lepas. Aku dapat buat sampai 50. Mana mana yang tak sampai 45 tu dia kasi ulang sekali lagi untuk dapat markah penuh.

Ujian yang terakhir, ujian tinggi dan berat. Paling senanglah sebab tak penat apa.

Dalam pukul 12:30, habis semua ujian so kitorang dibenarkan balik. Dia kata tunggu lagi sebulan dua, result keluar. Masa ni tak berharap apa pun sebab dia akan pilih yang betul betul fit sahaja. yela lagipun kan dia kata kita ringan kan takleh jadi cikgu kan. Hahahaha.

Bila result keluar, hoish dapat. Tapi… belum dapat lagi. Dapat panggilan temuduga pula dekat IPG Perempuan Melayu Melaka. Kalau temuduga yang ni lepas, barulah boleh masuk ke IPG secara officialnya. Before ni ujian kecergasan kan dapat jurusan kaunseling. Tapi temuduga ni dapat TESL. Jurusan bahasa inggeris. First choice. Ada yang dapat course yang sama masa ujian kecergasan, ada yang dapat lain.

Nanti--- bila result ujian kecergasan batch tahun ni keluar, barulah entry pasal temuduga kedua tu di update ye. Goodluck untuk siapa siapa yang dapat ujian kecergasan tu. Buat elok elok.

Bye, Assalamualaikum.



 
© Zaidatul Shima Binti Yahya