0 cutest
:: Shima Yahya ::: Tak Dapat UPU

Tak Dapat UPU

Oleh kerana result UPU baru keluar dan 90% yang aku kenal semua tak dapat UPU, maka meh la aku update sikit cerita cerita lama aku dengan UPU ni.

Dulu-- 2013 (dulu la sangat)

masa SPM ni taktahu lagi nak sambung course apa. Bila cikgu tanya cita cita pun, pandang kawan sebelah, sengih sengih lepas tu sengih dekat cikgu pula. Tapi kalau nak diikutkan minat, minat aku ni lebih kepada undang-undang, pentadbiran awam dan sains politik (bak kata kawan semua course yang bosan) hahhaha.

Tapi kalau nak diikutkan kecenderungan, lebih kepada bahasa inggeris. 

Engkorang tahu kan nak sambung law, kena at least 5A, Bahasa Inggeris dan Sejarah wajib A. Hadoh Sejarah. Paling tinggi aku pernah dapat pun C sebab aku tak suka baca sejarah. Tapi oleh sebab minat ke jurusan undang undang dan setiap kali aku lepas buat pembentangan tasawwur islam, ustaz selalu suruh aku sambung law atau apa apa jurusan berkaitan sebab dia kata cara aku cakap, cara aku present sesuai sangat dengan course tu (ok sbb aku kalau buat pembentangan banyak bercakap sampai orang muak kot hahaha hadis semua aku kupas) 

so makin kuatlah keinginan aku untuk sambung law.

Tapi, abang aku dan kebanyakan cikgu yang lain suruh ambil TESL. Jurusan mengajar bahasa inggeris. So pilihan antara dua

TESL- Tak ada masalah sebab bahasa inggeris aku okay.
Law- Masalah sebab sejarah.

Mula mula aku letak TESL first choice, tapi taktahu lah kenapa last minute (mungkin takdir tuhan kut) aku pergi tukar law jadi first choice, aku buang teruih TESL.

Oleh kerana aku seorang yang tak pernah dapat B dan ke atas untuk sejarah kecuali waktu PMR, aku pun study lah sejarah tiga hari sebelum kertas SPM sejarah. Dan bila keluar, alhamdulillah Sejarah A (gigih nak sambung law tu). Bahasa inggeris A. Dan lepas 5A ke atas. Kira semua syarat kelayakan jurusan undang undang dah lepas..

Jadi kita skip hari UPU keluar---
.
.
.
Boleh check pukul 12. Pukul 9 dah berdebar, Aku punya debor tu sampai aku bukak ayat Quran dekat phone, dengar je nak kasi hati tenang wah time ni la engko nak dengar ye tak hahaha. Dia punya cuak lagi cuak dari nak check result SPM.

Dan mula mula, aku checkkan kawan aku. Dia dapat 2A-- dapat UPU.
Checkkan kawan yang dapat 3A-- dapat UPU
Checkkan kawan yang dapat 1A-- dapat UPU.

Masa ni aku rasa takkanlah aku ni bengap sangat tak dapat dan takkanlah malang sangat checkkan orang lain dapat tp diri sendiri tak dapat. Dan dengan debor tu aku check gak.

Okay masukkan nombor IC...
Bismillah...
.
.
.
Dukacita dimaklumkan nama anda tidak tersenarai dalam kemasukan ke IPTA.

Masa ni aku terus back, aku masukkan balik nombor IC.
.
.
Dukacita dimaklumkan nama anda tidak tersenarai dalam kemasukan ke IPTA.

Wah masa ni aku rasa macam awan mendung datang atas kepala lepastu kilat memancar-mancar. Terus jatuh lah airmata ni kan hahahhaa. Aku terus pi kat mak nangis kat mak. Mak tanya kawan kawan lain dapat tak, aku kata dapat. Mak pun pelik pasai pa aku tak dapat. Aku rasa ni antara nangis aku yang paling teruk la dalam hidup-- selain dari dapat PLKN.

Masa ni aku rasa hidup aku habis dah hahaha. Aku rasa aku lah orang paling bodoh sekali pasal tak dapat UPU. Aku rasa tak bermakna dah nak hidup (wah)


Dan bila scroll media socials, semua cakap pasal UPU dan aku punya taknak asyik sedih, aku hide moment semua kawan kawan aku selama setengah tahun. Hahaha ko dapat imagine tak berapa lama aku tak nampak moment diorang. Tapi ni sebenarnya berkesan supaya kau tak fikir sangat pasal kesedihan ni. Aku nangis sampai mata lebam kot. Sampai part aku rasa aku ni derhaka betui dekat Tuhan pasai aku kata Tuhan tu tak sayang aku, tak adil. Tak nampak ke effort aku ni tak nampak ke aku belajar. Baik aku bodoh je baik tak payah belajar baik tak payah dapat banyak A baik dapat 1A je kalau tak dapat UPU. Yang 1A boleh dapat. 

dan masa ni gak aku derhaka lagi kata aku ni memang selalu tak dapat benda yang aku nak ke.
Naik form 1 aku kena masuk kelas aliran agama, ambil arab. Aku taknak.
Naik form 4 masuk kelas sains, aku taknak. Masa ni pun aku ada gak habaq kat Tuhan baik aku jawap PMR main main je dapat Math dengan Sains C je dari kena paksa masuk mana.
Habis SPM dapat PLKN which is sejak tadika aku dah kata kat family aku taknak masuk benda alah tu *tunjuk iklan PLKN dekat tv*
Ni tak dapat UPU pulak.

aku bukan jenis mengadu dekat orang. Tapi masa ni memang aku cari orang nak mengadu T_T


dan ayat aku akan tanya ke diorang "bodoh sangat ke aku ni sampai tak dapat UPU" dan aku minta maaf lah semua yang aku dah buat depa serba salah yelah nak kata bodoh kang makin sedih pulak hahaha.


dan lepas semua orang dah tenangkan, diorang kata tak apa tunggulah rayuan. Rayuan lagi dua minggu, selalunya mesti akan dapat rayuan tu. Gerentilah. Jadi aku pun tunggu..

Sampailah ke hari buat rayuan,

Aku pun bukalah dengan penuh harapan nak isi permohonan rayuan UPU
.
.
.Harap maaf! Anda tidak dapat membuat rayuan permohonan kerana sudah menerima tawaran.

Sekali tengok, dapat Politeknik. Masa ni jatuh lagilah airmata aku. Lama aku tunggu nak buat rayuan tapi bila dah sampai, tak dapat buat.

Tapi masa ni aku pun malas dah nak berharap sangat sebab dah belajar dekat tempat lain. Bila ada permohonan UPU intake November aku dah malas dah nak isi. tawar hati padahal 80% yang minta mesti akan dapat. Aku tak isi. Sebab dah redha kot?

Lagipun slow slow aku dah nampak hikmah dan jalan yang Tuhan dah lukis untuk aku.

Tapi apa aku boleh cakap, lepas tak dapat UPU ni aku rasa aku baru boleh faham redha tu macam mana dan macam mana nak terima dengan plan Tuhan, Dan betullah yang Tuhan sebenarnya dah plan cantik-cantik jalan hidup kita ni. Mungkin mula-mula kita tak nampak, tapi nanti-- baru kita nampak jalan cerita yang Tuhan dah sediakan.

Dan alhamdulillah, aku rasa jalan yang aku pilih ni jalan yang terbaik untuk aku. Sebab kebanyakan hikmahnya aku dah nampak. Dan alhamdulillah result pun okay dan lagi setahun dah boleh sambung degree (kalau dapat UPU intake degree nantila kahkahkah)

Pastu aku bersyukur gak la Tuhan bagi peluang aku tak dapat apa yang aku betul betul nak tu, sebab kalau tak, aku takkan faham apa yang Tuhan nak bagi ke kita ni.

Dan lagi satu, jangan terkejut sangat kalau result ko 5A ke atas tapi tak dapat UPU. terutama kalau amik aliran sains masa sekolah menengah. Memang susah sangat nak dapat sebab dia ikut markah merit. So kena bersaing dengan diorang. Macam kelas aku, majoriti 3A ke atas tapi semua tak dapat UPU sebab subjek sains ada dua tiga yang tak credit. So memang susah.

So yang tak dapat UPU ni, janganlah sedih sangat. Sedih sikit jela lepastu ko sambunglah belajar mana engko nak. Rezeki tu ada dekat mana mana, ni aku tak tipu. Merata rezeki.

Yang dapat UPU, tahniah. Belajar elok elok sebab ramai yang nak tapi ko yang dapat. Terima kasih dekat Tuhan banyak banyak


Ingat satu je ah.
Tuhan nampak semua, bukan tak nampak.
Rezeki kita, ada dia sediakan.

Tunggu masa je nak bagi.
Percaya sikit ke Tuhan. Okay?

47 comments:

Myra Azraff said...

uishhhh brgsjkkkkk tuu retis. hee belajar memana pon same jee. kalau masuk u, tapi malas belajar pun takleh jadi gak :D

Miza Idgihat said...

Correction, janan percaya sikit dekat Tuhan.. Tapi percaya dan yakin 100% dengan janji Allah :)

Setiap orang Allah dah sediakan jalan menuju kejayaan masing-masing. Allah lebih Mahamengetahui.

Kita manusia. Kita ni lemah.

Muhasabah.

Salam ukhwah fillah ^_^

IZZAT ZAKARIA said...

Paling sedih skrng ni bila check upu pengambilan september sesi 2015/16, aku TAK LAYAK...aku pun penat pikir sebab apa aku xdapat...pointer stpm 3.00 dan muet band3

Anonymous said...

Aku pon sama. Pdahal hritu pihak Utem dh col tnya mcm2. Nak rsult itu ini. Aku berharap gila kt utem. At last. Hmm.

Anonymous said...

Tak dapat gak padahal kos business je amik. Member yang result saing saing aku dapat he kos EE lg kat unimap. Haha redha he lah

Anonymous said...

Aku pown x dpt dhlah p iv kt upm kena hina mcm2 pastu aku diam n senyum je..
bole bayangkan perasaan aku tu... last2 x dpt ap langsung...n btw aku lepasan asasi taw, n pointer pown x lah bagus tapi 2.97 hampir dgn 3.00 nmpak x??? Muet pown band 4 ...tapi still langsung x dpt ap2...ramai suruh wat rayuan, tapi still peluang tipis..so...sape ad tips lagi cara nk sambung degree...rasa x adil pown ad, sbb seres dh try macam2 effort tapi x ad hasil

Anonymous said...

Kepada rakan seperjuangan saya,sesungguhnya saya memahami keperitan anda semua.Ye la,penat je study mcm org gila,tgk2 satu tawaran ipta pun x dpt.xpe kwn2,ingat Allah itu ada dan Dia Maha Mengetahui. Anda boleh memohon rayuan atau cuba apply utk ipts.Inshaa Allah,Allah permudahkan segalanya,Yg penting,jgn give up.Put your trust in Allah and He will ease everything,aamiin.

aku insan yang lemah said...

aku dengan kawan aku pun tak dapat upu degree utk intake sept 2015 ni. aku baru habis diploma civil engineering dekat poli. bulan 5 haritu. pointer dapat 3.02 muet band 4. kawan aku pun lepasan poli gak. diploma engineering automotive pointer 3.7 something muet band 5. kami tak dapat. last-last kawan aku chow pergi unikl tinggal la aku sorang-sorang ni menunggu rayuan. rasa down gilerr bila tak dapat first intake. tapi lagi down bila kawan aku pergi sambung belajar kat unikl. rasa mcm noob, macam masa depan dah gelap. haha. aku mmg berharap yg pihak upu accept rayuan aku. kalau tak dapat tak tahu lah. aku redha. mungkin Allah ada plan yang lebih baik utk aku. so sesiapa yang baca komen aku ni, aku harap korang doakanlah aku dpt masuk u intake rayuan ni. family aku bkn org kaya utk support aku masuk ke ipts. so ipta la tempat dia utk aku sambung belajar.

Anonymous said...

Aku pointer 3.00 pun takdpat U msh tnggu kptusan rayuan yg bkal kluar bbrpa hri lgi. Aku pham sngat prsaan takdpat U ni. Frus pun ada, lebih2 lagi dri kluarga yg kurg kmmpuan mcm aku ni..rsa nak protes pun ada haha agaknya klau nak protes ade tak org lyan huu..taknak lah syok sndri la pulak. sbo je lah.

Anonymous said...

pointer memang tak sampai 3.00 pointer saetakat 2.97 hampir 3 jugak la .tapi still rayuan pun tak dapat.ya Allah rasa totally down sangat2.tengok kawan dapat result lagi kurang pun dapat masuk ipta..kau rasa?...sedih sebab kecewakan hati parents. sabar je lah wahai hati..in shaa Allah rezeki di mana-mana.

Anonymous said...

Sy pon mcm tu .. menangis kat ibu sebab sy x dapat upu.. kenapa bodoh sangat ke saya? Padahal kawan2 yang dapat 2A pon boleh dapat... Sy dapat 4A x banyak pon tapi kira okay la dari kawan2 .. lulus dan smua kepujian... Kenapa? Mungkin Allah nk uji sy lagi.. rayuan yg kedua pon x dapat juga.. Padahal course yg sy amek tu cukup dan terlebih cukup dengan keputusan sy.. Sampai sy berputus asa dan ingin masuk ke kolej je tahun depan .. Sementara tu sy hanya hidup dalam kemurungan , sedih tgk kawan2 update macam2 pasal tempat belajar diorang... Sy pon redha je la.. Dan x berharap apa2 dengan tempat belajar kerajaan... Alhamdulillah tetiba je sy ditawarkan Politeknik Ibrahim Sultan.. Teros telefon ibu sy dan contact la sesiapa je .... Alhamdulillah x terkata... Dan next day pulak U pulak hantar msg ke sy untuk buat permohonan kerana sy layak .. Tapi sy x nak.. Sy ikut kata hati nak masuk poli sebab course tu sy minat sgt... Alhamdulillah masuk poli 22/11 ni... Excited x terkata.. Alhamdulillah :)

Nadia Razak said...

saya lepasan spm 2015. Harini keputusan upu keluar. saya tak dapat. sedihnya, kawan-kawan semua dapat. Bukak blog akak pulak baca entri ni lepastu ada lagu sedih pulak.. :'(((( haih, mungkin takde rezeki tahun ni.

Hani Kim said...

Sama la. Baru check tdi menangis sorg2 then terbuka blog akak ni. Mungkin x de rezeki. X pe la kita doakan yg terbaik utk kita. In syaa Allah rezeki ada kat mana2.

rusyaidi said...

kak,macam mane akak boleh dapat politeknik pulak padahal masa keluar result bukan akak kata x dapat upu ke?

Nurul Alis binti Zulkarnain said...

Sama gais HAHAHAH. just be strong ok πŸ’ In syaa Allah ade rezeki kite nanti. Tunggu je

Anonymous said...

Boleh tak nak sibuk comment juga hihi. Saya pun check tapi tak dapat. Terbaca pulak blog akak ni. Fuh perasaan tuuu :')

Hidayah Abdul Ghani said...

Hai..sy pn dh check upu smlm..tp xdptπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ waa..sedih kemain titew..org lain yg dpt 3a pn dpt upu..mcm malu,sedih smua ad la. Dh la sedih kwn2 tny plak dpt ke x ng status fb,moment wchat,wsap dorang dlm grup lg..huhu..
Dh puas nanges smalam n hri ni blajr redha n husnudzon ng Allah😊

Anonymous said...

akak masuk poli ke ?

Fatini Fauzi said...

I feel youuu.. saya pown x dpt upu.. dh puas nanges. bila pikir2 balik mungkin ada hikmah di sebaliknya. pikir positive ajelah dan jangan mudah putus asa. cuba buat rayuan nnt klu x dpt gak tunggu laa 2nd intake uitm nnt :3

Anonymous said...

Saya pun sama, dari 16 mei sampai ke hari ni dok bukak upu check balik nama tapi still tak berjaya. Macam-macam usaha dah buat nak dpt result yg sempurna tp bila dah dpt kita tak ditawarkan ke mana mana pun. Paling sakit hati dgn perangai kawan yg tak habis update pasal life dkt uni semua. Tapi dah itu yang Allah tetapkan maka kita kena sabar dan redha dgn apa yg Dia dah rancang. Insya-Allah, Allah tak akan sia siakan usaha kita.

Piqachu Piqachu said...

Percaye pade rezeki yg Allah bagi kat kite semua ,klau x hari nih mungkin esok luse Allah bagi lebih .😊

Piqachu Piqachu said...

Percaye pade rezeki yg Allah bagi kat kite semua ,klau x hari nih mungkin esok luse Allah bagi lebih .😊

Piqachu Piqachu said...

Percaye pade rezeki yg Allah bagi kat kite semua ,klau x hari nih mungkin esok luse Allah bagi lebih .😊

Hidayah Rosli said...

Hurm saya pon .x dpt mana2 upu. Skrg stay form 6 je. Pastu bila nampak kawan2 dtg jumpa cikgu sbb nk tnye pasal u dia org .ermm sedih je .dia org happy2 ketawa 2 .Tapi sye sedih je.πŸ˜’πŸ˜” ermm

Y.G said...

Kalau dah dapat politeknik memang takboleh buat rayuan ke?

Y.G said...

Kalau dah dapat politeknik memang takboleh buat rayuan ke?

Cahaya Puteri said...

Saya tak dapat matriks, tak dapat upu. Result 4A je. Pilihan yg ada ialah tingkatan 6 tapi semua org cakap form 6 susah. Haihh sedih

Anis Syamimi said...

Saya 6A aliran sains tulen.tapi tak dpt gak upu.emm.tapi boleh kata, kita kena bnyak redha.sapa tau rayuan upu kemasukan bila ehh

Anis Syamimi said...

Saya 6A aliran sains tulen.tapi tak dpt gak upu.emm.tapi boleh kata, kita kena bnyak redha.sapa tau rayuan upu kemasukan bila ehh

nakahara-chan said...

sy pn check x dpt upu,sedihnye x terkata la.. dgn result 6 A x dpt upu pdhal kwn sy yg xde A lgsung pn dpt upu..kwn2 pakat tnye sy dpt uni mane mmg sedihhla..sy mmg bt x pduli ng soaln diorang..sedih akak..sy bace entry akak ni la mngubat duka di hati ini..doakn sy dpt utk rayuan nnti ;(

Mohd Hafizuddin said...

sedih baca , sma jak cerita life kita ne kan , semoga segalanya dipermudahkan laa inshaAllah :)

Mohd Hafizuddin said...

bila boleh buat rayuan ?

Anonymous said...

Saya pon tk dpt upu baru2 ni. Jenuh la mohon swasta.. Rasa mcm rayuan ni tipis je nk dpt.. Pelik gak rasa kenapa tk dpt.. Abg sye ckp tahun ni mmg dia had kan pengambilan pelajar.. Dan sbb ramai pelajar straight yg tk dpt jpa.. Dugaan batch 98 dgn unstable economy negara.. Inshallah kita semua dpt rayuan tu nanti.. Amin

Mohd Hafizuddin said...

anonymous ? nak tanya ne boleh ka ?

Mohd Hafizuddin said...
This comment has been removed by the author.
Nur Adillah Mokthar said...

Haihhh..sme laa naseb..upu xdpt..hrp yg rayuan dpt laa..tp dh rse cm xnk brhrp sgt...tkot hmpe..hmm..nk msok swsta,kluarge bkn org yg sng,berada..nk msok krjaan,tramat laa susah..😒😒

Nur Adillah Mokthar said...

Haihhh..sme laa naseb..upu xdpt..hrp yg rayuan dpt laa..tp dh rse cm xnk brhrp sgt...tkot hmpe..hmm..nk msok swsta,kluarge bkn org yg sng,berada..nk msok krjaan,tramat laa susah..😒😒

エルγƒͺックァーシャ said...
This comment has been removed by the author.
エルγƒͺックァーシャ said...

Sblm keputusan rayuan..aku cakap kat mak..kalau x dpt gak that's it kakak nk jadi pramugari penat lh asyik tunggu tapi x dpt buat apa...dh lh swasta x mampu biayai...mcm tu lh aku cakap kat mak.

Baby JeloBiased said...

bila permohonan second intake tu dibuka?

Unknown said...

Sama l dgn matrik upu x dpt

Shima Yahya said...

OKAY FOR THOSE YANG TAK DAPAT UPU, CUBALAH SECOND INTAKE. TAK LAMA PUN NAK TUNGGU. KALAU TAK DAPAT, CUBA LAGI. DAN PADA MASA YANG SAMA, CUBALAH APPLY BIASISWA UNTUK IPTS. DAN PALING SENANG, MASUK FORM6. TRUST ME, FORM6 TAK MACAM APA KORANG BAYANGKAN. DAN SANGAT SANGAT BERBALOI. APA APA PUN TEMPAT BELAJAR, NIAT TU PENTING.

Unknown said...

Kalau buat raYuan selalu nya bila keputusan dia kluar yer?

Anonymous said...

sape nak sambung belajar di MAHSA UNIVERSITY BOLEH CONTACT OR WHATSAPP SAYA DI 01119310711.. 100% UNIVERSITY BUMIPUTRA.. YURAN PALING TERENDAH DI MANA2 IPTS N MARA.

A said...

Assalam..
Akak sama macam saya ada 2 pilihan tesl/law tp sejarah sy b+ masa trial sy dpt je A masa spm xde rezeki dpt A ..sedihnya ..btw sy lepasan spm 2016 huhu..agak2 sy masih diterima ke kalau sej dpt b+??

ENGR. Akmal said...

salam~ kawan2, silalah menjengah ke blog saya abangpomen.blogspot.com :0

ENGR. Akmal said...

assalamualaikum.. sbnrnye ramai lg yg msh x taw, bila x dpt offer UPU atau poli, x taw mana lg nk apply..?? MARA ade menyediakan institusi pendidikan de sndiri.. samada di peringkat sijil, diploma mahupun ijazah.. cuma rmai yg x taw.. yuran pengajian rm125 per semester, siap dpt elaun sara hidup bulan2 lg.. yg penting, habis je diploma, xdak hutang.. haaa.. x caya, baca artikel ni :-


http://abangpomen.blogspot.my/2017/06/laluan-pendidikan-selepas-spm-menerusi.html?m=1

http://abangpomen.blogspot.my/2017/06/pengajian-diploma-bebaskan-hutang.html?m=1

 
© Zaidatul Shima Binti Yahya