0 cutest
:: Shima Yahya ::: Interview / Temuduga TESL in UiTM

Interview / Temuduga TESL in UiTM

you can read my earlier interview by clicking these links

UITM aku dapat course Teaching English as a Second Language (TESL), UiTM Puncak Alam, Shah Alam.

So aku gerak lepas sahur sebab plan nak naik ktm dari seremban. Dah check ktm dekat phone, ada train pukul 6. So sempatla nak sampai shah alam before 8:30. Sampai je KTM seremban pukul 5:55, aku tengok dekat screen tu, train paling awal pukul 6:30. Shit……………. So kenalah tunggu setengah jam. Masa ni dah risau sikitlah kalau lambat sampai sebab interview TESL UITM ada ujian bertulis. Satu jam je so macam mana pun kena sampai on time kalau tak, tak boleh ambil ujian bertulis.

Dah pukul 6:30, train sampai dan bertolak. Aku sampai KL sentral pukul 7. Next train 7:15 untuk pergi Shah Alam. Anggaran masa 45 minit. So sempatlah kan dalam pukul 8. Masuk je train tiba tiba guard dekat situ cakap
“Masuk dulu. Train delay. Gerak pukul 7:45” masa ni kau dapat imagine tak apa aku rasa? Weh, ujian aku pukul 8:30……….. tapi aku relax lagilah sebab aku memang tak boleh buat apa. So pukul 7:45 train gerak.
7:55…
8:.00…
8:15…
8:25…
Dan masa 8:25 ni, jauh lagi nak sampai shah alam hahahaha. Tapi aku masih tenang, aku just mampu berdoa at least aku sampai lambat setengah jam pun takpe. Dapat jawap setengah jam pun takpe, aku usaha. Aku boleh jawap soalan subjektif dengan esei tu setengah jam. Takpe, asalkan sempat takpe.
8:30…
8:45…
Masa ni ada lagi tiga station sebelum sampai Shah Alam. Rasa macam nak patah balik negeri Sembilan je weh rasa nak give up dia hahaaha. Sedih dia taktau nak cakap macam mana. Mengalir jugalah air mata dalam train tu hahaha.
8:50…
9:00 baru sampai. And then call uber car. Naik je cakap nak pergi UITM puncak alam, terus keluar duration masa “35 minutes” masa ni badan dah macam keras gila. Means, aku akan sampai UITM pukul 9:35….. ujian dah habis. Masa kereta tu bergerak aku pandang je duration masa tu. Memang tak berubah. 35-36 minutes je duration dia. So masa ni aku crossed my fingers je dan gunakan doa yang paling power. Doa ibu. Aku whatsapp mak aku je bagitau keadaan semua.

9:35am, sampai UITM Puncak Alam. Cari fakulti pendidikan, adalah sampai 9:45. Sampai je kan, sunyi gila. Hanya ada daun daun yang berterbangan je, Tak ada orang, masa ni lagi sekali airmata nak jatuh tapi tahan je hahaha. Aku cari orang, memang tak ada. Then tiba tiba ada pakcik ni approached aku. Dengan harapan dia nak tunjukkan aku jalan la kan.

“dik, tahu tak tandas mana?” ya Allah pakcik, masa depan saya pun saya taktahu ada dekat mana inikan pulak tandas. Then aku sambung cari, jumpa orang ramai. Tapi semua penjaga. Tak ada sorang pun calon nak interview. Then ada senarai nama dekat tepi lift, nama aku aras 3. Aku pun naik. Sampai je tingkat 3, aku Nampak ramai orang baru keluar dari dewan. Masa ni aku berharap yang diorang baru nak ambil ujian sebab ni je harapan aku. Sekali aku Nampak sorang lecturer ni keluar bawa kertas banyak, dan kertas tu semua dah berjawap.
Means aku sampai tepat masa diorang dah habis jawap ujian. Aku tak sempat, weh.

Masa ni sedih dia tuhan je tahu. Sebab aku tau aku boleh do very well in that test, I can write a good essay but too bad, tak ada rezeki.
Aku pun tunggu jelah turn aku. Dia ada dalam 3 bilik. Aku bilik ketiga, dan nama last sekali. UITM interview dia sorang sorang so aku kena lah tunggu turn aku last sekali. Masa ni dah tak semangat dah, dah la nak nangis hahahaha.
Tiba tiba sorang lecturer ni datang “ZAIDATUL SHIMA SIAPA? AWAK TAK AMBIL UJIAN EH?” habislah aku. Dia nak halau aku L
“pergi masuk dewan. Ambik” masa ni aku punya bersyukur Allah je tahu weh, so aku ambillah sorang sorang dalam dewan besar tu. Dia bagi masa sejam tapi aku siapkan dalam setengah jam je sebab nak prepare for the interview.

Skip all those waiting parts, sampailah turn aku interview. Yang lain dah balik. Yelah nama huruf Z siapa suruh haha. Dalam tu ada 2 interviewer, both women. Soalan first dia suruh introduce yourself. Aku pun introduce la then one of the interviewers tu cakap “do you memorized that texts?” aku cam.. alamak, apa salah aku….. rupanya dia cakap sebab English aku lancar sangat kahkah, yelah gila tak lancar introduce texts tu aku dah hafal and guna untuk interview UKM & UM kot gila tak lancar kahkah. Tapi takkanlah nak jawap macamtu, so aku pun cover dengan cakap aah ler dah hafal sebab dari form 3 dah nak sambung tesl dah prepare dari dulu dah nak jawap apa hiks (power tak?) diorang pun tunjuk muka impressed. Haha

Then aku ceritala aku datang sorang from negeri Sembilan, train delayed and I actually late for writing test but im glad I make it. Dan masa cerita ni maybe ni sedih aku tak habis lagi so I actually cried in front of them tau sebab sedih gila kot ingat balik. For the second time, diorang impressed sebab nampaklah kan determination aku huhuhu.

Diorang tanya lagi aku ambil masa berapa lama buat eesay tu. Aku jawaplah dalam 20-30 minutes lepastu diorang kata “did you do your best?” “em, I don’t know.. because lack of time so I just trying my best” “what do you think? Is it your best?” “I don’t know…” “give me a real answer” “yes, I did my best despide that im late” punyalah aku cuak rupanya dia nak puji je essay aku sebab dia kata tak macam buat dalam masa 30 minit hikhikhik EH JAP IM GIVING YOU TIPS OK. Kalau diorang puji, jangan megah sangat buat relaks je sambil kata thank you. Lol

Another question yang diorang tanya
“tell us your form 6 experience”
“why did you chose TESL in UiTM”
“What if you don’t get the opportunity to pursue your studies in TESL? What will you do?”
“do you really want to be a teacher?”
“in your opinion, what is the best way to attract youngster to talk in English?”
Do you have any question?
Yang ni aku tanya dia “whats the criteria that someone need to have to be accepted into this course?”
And then she said “ someone like you” aku cam nak nanes uhuk. Hahahahaa. Lepastu dia sambung lagi “I really like your proficiency in English. You can speak very well. We want student who speaks English well.” So masa ni aku dah legalah kan. Then dah nak balik tu ambil sijil semua, aku salam diorang and diorang cakap “youre going back to negeri Sembilan, right? Take a good care of yourself. See you in UiTM

So, segala kepenatan aku dan kesusahan hari tu macam dah terbalas lah, worth it sebab I nailed the interview, Alhamdulillah. What I can really say pasal my interview in UiTM ni kan, usaha tu ada. Kalau usaha memang Tuhan tolong nanti. So choose course yang you minat, so you will work harder. I wish the best of luck for you guys J

And alhamdulillah i passed all of my interviews. If you curious aku pilih yang mana, i actually chose TESL in UKM. 

so, i wish all of you can do your best in interview, choose wisely, and live happily with your choice. Assalamualaikum :)

No comments:

 
© Zaidatul Shima Binti Yahya